Petua 1
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah majakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan kemudian kukuskan. Ramuan hendaklah dimakan tengah malam.
Petua 2
Rebus akar serapat dan akar kacip fatimah dan minum airnya. Petua ini dapat mengurangkan air faraj dan mengetatkan faraj.
Petua 3
Rebus beberapa biji majakani dengan beberapa helai daun sireh dalam periuk. Apabila mendidih wapkan faraj anda dengan wap rebusan tersebut. Air rebusan yang telah sejuk boleh digunakan sebagai pencuci faraj.
Merapatkan Peranakan
Untuk Wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan masakan. InsyaAllah.
Masalah Keputihan Pada Faraj
Petua 1
Ambil beberapa keping dauh sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis, direbus bersama 1 liter air sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campurkan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.
Petua 2
Ambil madu lebah (madu asli sahaja) satu sudu makan dengan sedikit air bersih. Dengan mengunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 3
Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.
Petua 4
Rendam 5 tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang kali sehingga pahitnya hilang.
Petua 5
Rebus:
10 Biji Majakani
10 Biji Buah Keras
10 Helai Daun Sireh
2 Biji Limau Nipis dan segenggam akar serapat dan kacip fatimah.
Wapkan faraj dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang suam atau sejuk boleh digunakan untuk mencuci faraj ketika membuang air kecil.
Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
Petua 1
Bagi kaum hawa yang mengalami rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sireh, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tadi dengan air secukupnya di atas dapur. Jerangkan dengan api perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan setiap kali membuang air kecil. Nescaya kegatalan akan hilang disamping menghindari bau kemaluan yang tidak enak.
Petua 2
Rebuskan beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan mendidih dan warna bertukar menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam, kemudian air rebusan ini digunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali membuang air kecil dan apabila anda merasa tidak selesa.
Memulih Bibir Faraj Yang Lebam
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.
Mengelak Alat Sulit Berbau
Petua 1
Ambil 2 helai daun sireh dan pucuk pegaga. rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.
Petua 2
Ini adalah petua jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil dau kemangi 25 gram, pandan wangi 5 gram, gula aren (gula batu) 5 gram dan garam secukup rasa. Daun Kemangi dan pandan ditumbuk lumat kemudian dicampur dengan setengah gelas air. Tapis dan perah airnya, campur garam dan gula aren secukupnya. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut-turut.
Merawat Sengugut
Petua 1
Sengugut amat menyakitkan, untuk mengatasinya ambil 9 biji pinang tua, dibakar menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid
Petua 2
Ambil segenggam halia dan ditumbuk lumat. Masukan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya sengugut akan hilang.
Petua 3
Ubati sengugut dengan meminum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Campurkan halia yang ditumbuk dengan lada hitam. kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam satu atau dua minggu sebelum haid. Boleh makan begitu sahaja atau boleh gunakan kapsul kosong lebih kurang dua biji sekali makan.
Petua 5
Semasa haid hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Sengugut Lama
Amalkan petua ini 3 hari berturut-turut. Ambil 7 buji limau nipis di campur dengan senggam beras lalu diembun selama satu perbuatan. Minum air tersebut pada waktu pagi sebelum bersarapan.
Ijin share ya gan.. silahkan kunjungi situs kesehatan kami :
ReplyDeleteobat penyakit sinusitis akut
obat penyakit leukemia akut
obat penyakit jantung koroner
obat penyakit asma akut
obat penyakit asam urat akut
obat sakit kepala
obat penyakit wasir
obat penyakit hepatitis
obat penyakit tbc
obat penyakit rematik
obat bronkitis akut
obat penyakit gondok
obat ambeien pasca melahirkan