Dalam masyarakat tradisi melayu banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar dipandang menarik dan menawan dan cepat dipinang oarng. Ini juga boleh diamalkan untuk wanita yang telah berumah tangga dan mempunyai anak.
Petua-petua ini adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan penulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkat badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menogkat badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jangan membasuh muka dan elakkan menggunakan pencuci muka atau mengesat muka dengan pengesat. Biarkan air kering sendiri pada muka. Jika ambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Faedahnya agar dapat mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
No comments:
Post a Comment