Friday, October 9, 2009

Petua Kembali Gadis

Petua Kembali Gadis
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun inai dan daun limau juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yang pekat, Jika perlu campur sedikit air. Gunakan kapas gulung atau cotton-bud untuk celup dan masukan ke dalam faraj. Lakukan rawatan ini setiap petang selepas mandi hingga faraj kembali ketat.




Mungkin petua tradisional ini akan memakan masa untuk melihat hasilnya, kini anda boleh mendapatkan "Dara Tiruan" melalui blog ini dengan menghantarkan email kepada foreverdara@ymail.com

Petua Pulih Dara

Petua Pulih Dara

Ramuan terdiri daripada:
12 biji pinang muda sebesar ibu jari (Boleh dibeli di kedai india)
Gambir Sarawak sebesar kuku telunjuk (Boleh dibeli dari kedai ubat cina atau di kaki lima)

Caranya:
Pinang muda dibelah dua, pastikan isinya masih lembut dan bergetah. Tumbuk pinang muda ini dan kemudian diperah bagi mendapatkan air pekat bergetah bewarna kemerahan. Campurkan dengan gambir sarawak yang telah dihancurkan terlebih dahulu. kacau rata-rata dan panaskan di atas api yang sederhana hingga terbentuk cecair pekat seperti gam. (Tidak begitu kuat melekat apabila disentuh). Celupkan ramuan ini dengan cotton-bud atau kapas yang digulung. Perlahan-lahan masukkan kedalam faraj yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Lakukan sorong tarik dengan berhati-hati 3-4 kali. peringkat awal mungkin rasa pedih sedikit, jangan membesuh faraj atau membuang air selama 3 jam selepas melakukan rawatan ini atau anda hasrus mengulanginya sekali lagi. Seelok-elok dilakukan disebelah malam atau selepas subuh. Jangan lakukan ketika haid. Bagi mendapatkan hasil maksimum, lakukan rawatan ini selama 44 hari. Jika anda melakukan rawatan ini dengan betul, lubang faraj anda seakan diselaputi dengan kulit nipis seperti selaput. Jika bergesel dengan zakar anda akan merasa ketat dan pedih. Ini kerana air pinang muda dan gambir sarawak akan bertindak mengetatkan dalam dan luar faraj apabila air mazi mengalir dari faraj bergabung dan menitis ke kain cadar akan ada seperti titisan darah bayu (Jernih).


Mungkin Petua tradisional ini akan memakan masa untuk mendapatkan hasilnya tapi kini anda boleh mendapatkan "dara tiruan" melalui blog ini. Caranya dengan menghantar email kepada foreverdara@ymail.com.

Petua Khas Untuk Gadis

Petua untuk Perawan
Dalam masyarakat tradisi melayu banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar dipandang menarik dan menawan dan cepat dipinang oarng. Ini juga boleh diamalkan untuk wanita yang telah berumah tangga dan mempunyai anak.

Petua-petua ini adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan penulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkat badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menogkat badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jangan membasuh muka dan elakkan menggunakan pencuci muka atau mengesat muka dengan pengesat. Biarkan air kering sendiri pada muka. Jika ambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Faedahnya agar dapat mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

Wednesday, October 7, 2009

Petua Kesihatan Alat Sulit Serta Anggota Peranakan

Mengurangkan Air Pada Faraj

Petua 1
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah majakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan kemudian kukuskan. Ramuan hendaklah dimakan tengah malam.

Petua 2
Rebus akar serapat dan akar kacip fatimah dan minum airnya. Petua ini dapat mengurangkan air faraj dan mengetatkan faraj.

Petua 3
Rebus beberapa biji majakani dengan beberapa helai daun sireh dalam periuk. Apabila mendidih wapkan faraj anda dengan wap rebusan tersebut. Air rebusan yang telah sejuk boleh digunakan sebagai pencuci faraj.


Merapatkan Peranakan
Untuk Wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan masakan. InsyaAllah.

Masalah Keputihan Pada Faraj

Petua 1
Ambil beberapa keping dauh sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis, direbus bersama 1 liter air sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campurkan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.

Petua 2
Ambil madu lebah (madu asli sahaja) satu sudu makan dengan sedikit air bersih. Dengan mengunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.

Petua 3
Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.

Petua 4
Rendam 5 tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang kali sehingga pahitnya hilang.

Petua 5
Rebus:
10 Biji Majakani
10 Biji Buah Keras
10 Helai Daun Sireh
2 Biji Limau Nipis dan segenggam akar serapat dan kacip fatimah.

Wapkan faraj dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang suam atau sejuk boleh digunakan untuk mencuci faraj ketika membuang air kecil.

Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj

Petua 1
Bagi kaum hawa yang mengalami rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sireh, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tadi dengan air secukupnya di atas dapur. Jerangkan dengan api perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan setiap kali membuang air kecil. Nescaya kegatalan akan hilang disamping menghindari bau kemaluan yang tidak enak.

Petua 2
Rebuskan beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan mendidih dan warna bertukar menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam, kemudian air rebusan ini digunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali membuang air kecil dan apabila anda merasa tidak selesa.


Memulih Bibir Faraj Yang Lebam
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.

Mengelak Alat Sulit Berbau

Petua 1
Ambil 2 helai daun sireh dan pucuk pegaga. rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.

Petua 2
Ini adalah petua jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil dau kemangi 25 gram, pandan wangi 5 gram, gula aren (gula batu) 5 gram dan garam secukup rasa. Daun Kemangi dan pandan ditumbuk lumat kemudian dicampur dengan setengah gelas air. Tapis dan perah airnya, campur garam dan gula aren secukupnya. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut-turut.

Merawat Sengugut

Petua 1
Sengugut amat menyakitkan, untuk mengatasinya ambil 9 biji pinang tua, dibakar menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid

Petua 2
Ambil segenggam halia dan ditumbuk lumat. Masukan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya sengugut akan hilang.

Petua 3
Ubati sengugut dengan meminum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Campurkan halia yang ditumbuk dengan lada hitam. kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam satu atau dua minggu sebelum haid. Boleh makan begitu sahaja atau boleh gunakan kapsul kosong lebih kurang dua biji sekali makan.

Petua 5
Semasa haid hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Sengugut Lama
Amalkan petua ini 3 hari berturut-turut. Ambil 7 buji limau nipis di campur dengan senggam beras lalu diembun selama satu perbuatan. Minum air tersebut pada waktu pagi sebelum bersarapan.





"Forever Dara"

When a Muslim girl loses her virginity it can present serious problems for her and make her life hell after marriage. She might even be divorced by her husband for not being a virgin. That is where a procedure called revirgination or hymenoplasty is useful but it can cost thousands of dollars and is not readily available. Many surgeons even refuse to perform it because of ethical issues. So the Japanese have come up with a very clever solution. Known as "Dara Tiruan", It is a small bag that a woman places inside her private area about 15-20 minutes before getting into bed (I suggest that you buy a few of these and practice it ahead of time — you do not want to try inserting it the very first time on your wedding night). Once inside, it expands and becomes moist. Not only will it creates a feeling of tightness it also releases a small amount of fake blood that will make any man (while men might like to think that they can figure it all out, the reality is that they can’t) think that she is a virgin. He can then feel good about it and go boast it to his friends and family members. Of course, the company recommends loud moans and groans. After you are done, just wash yourself as you would in any case. This is a great alternative to surgery and an inexpensive way to take care of those idiot men who are obsessed with virginity and do not know that the hymen can break in an accident or for those that engage in sports.

Monday, October 5, 2009

Terdesak tutup noda

Terdesak tutup noda

Monday, June 30, 2008
By admin


myMetro » BeritaUtama >>Terdesak tutup noda


Oleh Manan Samad, Rudy Fazrunisyam Samarudin, Mary Victoria Dass dan Nurul Aniza Paiman
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Saya sanggup keluar belanja RM4,000 untuk melakukan pembedahan pemulihan selaput dara semata-mata bagi meyakinkan suami saya masih suci pada malam pertama perkahwinan,” kata Lina (bukan nama sebenar).

Dia yang berusia 28 tahun antara segelintir wanita di negeri ini yang pernah menjalani pembedahan seumpama itu di beberapa pusat perubatan sekitar bandar raya ini bagi membolehkan mereka memiliki selaput dara ‘tiruan’ sebelum menempuh alam perkahwinan untuk menutup keterlanjuran ketika zaman remaja.

Lina berkata, dia menjalani pembedahan itu di sebuah pusat perubatan di bandar raya ini awal tahun lalu, sebelum mendirikan rumah tangga seminggu kemudian.

“Biarpun dihantui rasa bersalah dek kesalahan lampau, saya lega kerana selaput dara saya seolah-olah pecah dan berdarah pada malam pertama perkahwinan kami.

“Hingga sekarang, saya tak pernah menceritakan pengalaman hitam silam kepada suami. Bukan apa, saya takut dia tak dapat menerima kenyataan hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga kami.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami aman damai dan saya baru saja menimang cahaya mata pertama, April lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Mengimbau semula kisah silamnya, Lina berkata, dia dinodai bekas teman lelakinya ketika menuntut di luar negara, lapan tahun lalu.

Menurutnya, peristiwa itu berlaku kerana dia terlalu percayakan lelaki terbabit yang juga rakan sekolejnya, selain faktor berada berjauhan dari keluarga.

“Cabaran hidup di luar negara cukup hebat kerana kita bebas daripada kawalan keluarga. Seperti remaja lain, naluri saya ketika itu ingin bercinta, mencintai dan dicintai. Malangnya saya gagal mengawal nafsu hingga hilang perawan.

“Lebih malang, hubungan kami tidak berpanjangan dan terpaksa berpisah selepas kehadiran orang ketiga, juga pelajar Malaysia di universiti sama,” kata eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta di sini.

Gara-gara dikecewakan, kata Lina, dia serik bercinta dan tidak mempunyai teman lelaki sehingga 2005, sebelum bertemu suaminya, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat lain di bandar raya ini.

“Kami bercinta dua tahun sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga awal tahun lalu. Ketika itu saya terfikir melakukan pembedahan memulihkan selaput dara selepas membaca artikel di sebuah majalah.

“Lebih mudah apabila saya mendapat tahu daripada beberapa teman rapat khidmat itu turut disediakan di beberapa pusat perubatan di bandar raya ini. Demi masa depan, saya sanggup mengorbankan sebahagian wang simpanan untuk menjalani pembedahan itu. Saya tak pernah menyesal kerana bagi saya itu pilihan terbaik,” katanya.

Sementara itu, pakar sakit puan sebuah pusat perubatan swasta yang enggan dikenali berkata, pembedahan itu disalahgunakan segelintir gadis yang pernah melakukan hubungan seks bersama bekas teman lelaki sebelum ke jenjang pelamin dengan lelaki lain.

Beliau berkata, kebiasaannya, gadis yang terdesak melakukan pembedahan itu berasal daripada keluarga berada selain sanggup menanggung kos rawatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 kerana khuatir perbuatan tidak senonoh yang pernah dilakukan bersama bekas teman lelakinya terbongkar pada malam pertama.

Menurutnya, mereka menganggap cara itu penyelesaian terbaik dan mudah berbanding rawatan tradisional memulih dara yang mungkin lebih rumit.

“Sesetengah mereka gadis lepasan universiti sehinggalah wanita bekerja,” katanya.

Beliau berkata, proses melakukan pembedahan itu memakan masa setengah jam dan proses menjahit serta merapatkan kembali ‘dara’ tertakluk kepada keadaan selaput dan mereka akan diperiksa terlebih dulu sebelum proses rumit berkenaan dijalankan.

“Prosesnya agak rumit kerana doktor pakar perlu berhati-hati menjahit selaput menggunakan benang sangat halus, terutama bagi selaput nipis untuk mengelak lebih banyak kerosakan.

“Jahitan pemulihan dara hanya bersifat kosmetik dan ia hanya berfungsi merapatkan kembali selaput berkenaan, tapi tidak mungkin kembali seperti asal.

“Seseorang gadis dinasihatkan melakukan pembedahan pemulihan dara tidak lebih seminggu sebelum malam pertamanya dan jahitan itu hanya kekal sehingga dia melakukan persetubuhan bersama pasangannya itu,” katanya.

Pakar sakit puan itu berkata, secara lazimnya, bukan semua persetubuhan kali pertama menyebabkan pendarahan berikutan selaput dara pecah, sebaliknya bergantung kepada keadaan lapisan dara seseorang wanita.

Menurutnya, mengikut suatu kajian di luar negara, hanya 43 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan hubungan seks.

Tambahan pula, katanya, selaput dara bukan penentu seseorang wanita itu masih dara atau tidak kerana perubatan moden menunjukkan ada wanita dilahirkan dengan selaput dara terkoyak.

“Selaput dara boleh terkoyak akibat aktiviti lasak atau berpunca daripada hubungan seksual. Oleh itu, tindakan segelintir gadis memulihkan daranya dengan niat buruk boleh dianggap sebagai perbuatan tidak mendatangkan sebarang faedah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Sakit Puan dan Ginekologi Hospital Pakar Johor, Dr Terence Teoh, berkata kebiasaannya lelaki tidak dapat menentukan sama isterinya dara atau tidak dengan melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.

Beliau berkata, tindakan meletakkan kain putih untuk mengesan ‘darah’ seperti amalan pada zaman dulu tidak semestinya benar kerana wanita hanya akan ‘berdarah’ jika selaputnya pecah pada malam itu.

Menurutnya, secara umumnya selaput dara ada lubang sebagai laluan darah haid tetapi saiz lubang itu berbeza antara wanita, ada yang kecil dan besar sehingga tidak terkoyak atau hanya terkoyak sedikit walaupun dengan kemasukan zakar.

“Ada juga wanita yang mempunyai selaput dara elastik dan kekal walaupun banyak kali bersetubuh. Rawatan berkenaan sebenarnya tidak diperlukan. Jika masalah selaput dara boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, ia tindakan tidak munasabah.

“Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu berfikir secara matang kerana kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada selaput dara semata-mata. Terdapat banyak faktor boleh menyebabkan ia terkoyak,” katanya.
emel Emel Artikel cetak Cetak Artikel

Dara Tiruan kini di Malaysia


Anda tidak perlu risau kehilangan dara. Produk yang kami tawarkan membolehkan anda mendapat malam pertama pada bila-bila masa. Hanya masukkan dara tiruan ke dalam vagina secara berhati-hati. Ia akan mengembang sedikit dan anda akan rasa kembali ketat. Bila sang teruna meneroka, ia akan mengeluarkan cecair seperti darah tidak terlalu banyak tapi hanya pada kadar yang cukup. Tambah sedikit jeritan kecil, anda akan melalui malam pertama tanpa keraguan. Ia mudah digunakan, disahkan secara klinikal tiada bahan toksik yang memudaratkan manusia dan tiada kesan sampingan, tiada kesakitan untuk mengunakannya dan tiada sebarang alahan kepada pengguna.

Ciri-Ciri Utama:

  • Senang digunakan
  • Masukkan ke dalam Vagina selama 15-20 minit sebelum melakukan hubungan intim.
  • Produk ini akan meregang mengikut suhu badan.
  • Terbukti secara klinikal tiada bahan toksik yang memudaratkan manusia
  • Tiada Kesan sampingan, tiada kesakitan dan tiada sebarang alahan kepada pengguna.
  • Buatan Jepun